Thursday, 14 July 2011

Simpan Kira

  1. Istilah Simpan Kira
    • Simpan Kira
      Proses merekodkan urusniaga secara sistematik
    • Akaun
      Suatu catatan / rekod ringkas bagi urusniaga yang telah berlaku
    • Sistem Catatan Bergu
      Sistem yang merekodkan setiap urusniaga dalam dua akaun dengan amaun yang sama, satu dimasukkan dalam ruang debit dan satu lagi dalam ruang kredit akaun kedua
    • Urusniaga
      Suatu aktiviti yang berlaku semasa proses menjual dan membeli barangan dan perkhidmatan
    • Format Akaun
      Keadaan yang menerangkan bagaimana sesuatu akaun disediakan
    • Aset
      Semua harta bagi perniagaan
    • Liabiliti
      Semua tanggunan atau hutang perniagaan kepada pihak lain
    • Ekuiti Pemilik
      Semua harta atau modal yang dilaburkan dalam perniagaan
    • Modal
      Semua harta yang digunakan ketika memulakan perniagaan
    • Ambilan
      Pengambilan wang tunai daripada perniagaan
    • Hasil
      Semua pendapatan yang diperolehi oleh perniagaan
    • Belanja
      Semua kos yang perlu dibayar oleh perniagaan
    • Baki
      Lebihan daripada akaun. Baki h/b ialah baki yang dihantar bawah. Ia biasanya diletakkan di akhir bulan. Baki b/b ialah baki bawa bawah. Ia biasanya diletakkan diawal bulan.
  2. Ciri-ciri Rekod Perniagaan yang Baik
    • Merekodkan butir-butir yang penting seperti bila (tarikh), apa urusniaga (butir), dan berapa amaunnya (jumlah)
    • Mempunyai rekod yang sistematik
    • Disimpan dengan selamat
  3. Tujuan Menyimpan Rekod
    • Sebagai bukti berlaku urusniaga
    • Untuk kemudahan menyemak semula butiran perniagaan dan urusniaga yang telah dijalankan
    • Untuk mengetahui berapa jumlah aset yang ada dan tanggungan perniagaan
    • Memudahkan peniaga mengesan kelemahan bagi sesuatu tempoh perniagaan
    • Membantu peniaga membuat keputusan dan pembetulan
  4. Jenis-Jenis Akaun
    • Akaun Tunai
      Akaun yang digunakan untuk merekodkan urusniaga tunai
    • Akaun Bank
      Akaun yang digunakan untuk merekodkan urusniaga kredit
    • Buku Tunai
      Buku akaun yang menggabungkan akaun tunai dan akaun bank dalam satu
    • Akaun Ambilan
      Akaun yang merekodkan ambilan wang tunai dari perniagaan
    • Akaun Modal
      Akaun yang digunakan untuk merekodkan semua harta yang digunakan ketika memulakan perniagaan
    • Akaun Aset
      Akaun yang digunakan untuk merekodkan semua harta perniagaan.
      Akaun aset termasuklah
      • Akaun premis
      • Akaun kenderaan
      • Akaun lekapan dan lengkapan
      • Akaun Alat pejabat
      • Akaun perabot
    • Akaun Hasil
      Akaun yang merekodkan hasil atau pendapatan perniagaan
    • Akaun Penghutang
      Akaun yang merekodkan pihak yang berhutang kepada perniagaan
    • Akaun Pemiutang
      Akaun yang merekodkan pihak yang memberi hutang kepada perniagaan
  5. Format Akaun
    • Lazimnya akaun disediakan dalam format 'T' atau bentuk 'T'.
    • Akaun dibahagikan kepada dua ruang
    • Ruang disebelah kiri ruang Debit (Dt) dan ruang sebelah kanan ruang Kredit (Kt).

    rajah 1: Format Akaun
    • Kedua-dua ruang debit dan kredit mempunyai lajur yang berikut:
      1. Lajur Tarikh - digunakan untuk mencatatkan tarikh urusniaga berlaku
      2. Lajur butir - digunakan untuk mencatatkan urusniaga yang berlaku
      3. Lajur folio - digunakan untuk mencatatkan nombor rujukan bagi buku catatan pertama agar mudah dikesan
      4. Lajur jumlah - digunakan untuk mencatatkan nilai wang bagi urusniaga yang dinyatakan

    Rajah 2 : Lajur-lajur dalam akaun
  6. Sistem Catatan Bergu
    • Sistem catatan bergu bermaksud sistem yang digunakan untuk merekod urusniaga dalam dua akaun
    • prinsip catatan bergu ialah
      1. Suatu urusniaga dicatatkan dua kali
      2. Satu catatan didebitkan dan satu catatan dikreditkan
      3. Tarikh dan jumlah mestilah sama
      Contoh: Pada 3 Januari, Kedai Perabot Nusantara Enterprise membeli lima buah almari berkaca bernilai RM1500 secara tunai. Akaun Utama
      Urusniaga dicatatkan di bahagian kredit akaun utama

      Rajah 3: Akaun Utama

      Akaun Kedua
      urusniaga dicatakan berlawanan dengan akaun utama di sebelah debit pula

      Rajah 4: Akaun Bergu/Kedua
  7. Buku Tunai
    • Buku Tunai ialah buku yang menggabungkan Akaun Tunai dan Akaun Bank dalam satu buku
    • Format Buku Tunai

    Rajah 5: Format buku tunai
  8. Mengimbang dan menutup akaun
    • Mengimbang dan menutup akaun dilakukan untuk suatu tempoh tertentu seperti suku tahun,setengah tahun atau diakhir tahun
    • Akaun-akaun perorangan (A. Penghutang, A. Pemiutang & A. Modal) hendahlah diimbang dan dicari baki h/b dan baki b/b
    • Akaun ambilan hendaklah ditutup dengan memindahkan jumlah ke dalam kunci kira-kira
    • Akaun-akaun aset hendaklah diimbang dan dicari baki h/b dan baki b/b
    Rumusan Akaun Bergu
    Akaun Tunai dan Akaun Bank adalah akaun-akaun yang utama

    Rajah 6: Akaun Bergu

    Rumusan Jenis-Jenis Akaun

    Rajah 7: Jenis-jenis Akaun


    Rajah 8: Pembahagian jenis-jenis akaun

No comments:

Post a Comment